Rabu, 10 Jun 2009

SELAMATKAH AIR MINUMAN ANDA?

>>Air & Faedahnya Kepada Badan Manusia <<

Badan manusia secara puratanya terdiri daripada 70% air. la memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. la juga diperlukan untuk fungsi penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2 liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan badan kehilangan air.

Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus, tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan jumlah air yang hilang. Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kepanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan di samping meningkatkan risiko jangkitan
buah pinggang.

Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan sistem saraf, kepincangan sistem metabolisme dan kepincangan sistem imun.

Kesejahteraan hidup bergantung kepada proses penulenan dan pengaktifan yang berkesan.

Info lanjut lawat web rasmi pengedar penapis air di http://www.hydroguard.com.my/ atau email kan pertanyaan anda di cyberputeri@yahoo.com.my untuk keterangan.

0 ulasan: