Selasa, 30 Jun 2009

AIR YANG BERKLORIN MENYEBABKAN BARAH

Pencemaran-pencemaran tersebut menyebabkan terjadinya toksin/ racun dalam tubuh kita.


Air yang berklorin dikaitkan dengan barah usus besar dan kandung kemih.

The Straits Times, Khamis, Julai 2, 1992

WASHINGTON-Klorin, bahan kimia yang digunakan untuk menjernihkan kebanyakan bekalan air di Amerika Syarikat, menghasilkan keluaran sampingan yang mengakibatkan kebanyakan kes-kes barah usus besar dan kandung kemih setiap tahun, menurut kajian perubatan pada hari Selasa.

Sekurang-kurangnya 18 peratus barah usus besar (kira-kira 6,500 kes satu tahun), dan 9 peratus barah kandung kemih (kira-kira 4,200 kes satu tahun) boleh dikaitkan dengan meminum dan bermandi dengan air berklorin, mengikut laporan mereka di dalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika.

Sejak 1974, klorin diketahui boleh bergabung dengan majmuk organik di dalam air untuk membentukkan bahan kimia yang merbahaya, di kalangannya termasuk klorofom. Beberapa kajian telah membabitkan keluaran sampingan ini dengan punca barah.

Dr. Robert Morris dan rakan sekerjanya mencapai kesimpulan setelah menganalisa kajian yang telah dijalankan dalam masa 10 tahun yang lepas terhadap kemampuan air berklorin untuk mengakibatkan barah.

Beliau berkata "… terdapat satu corak yang nyata di antara meminum air berklorin dengan barah usus besar dan kandung kemih." Kajian tersebut dijalankan di Kolej Perubatan Wisconsin di mana beliau merupakan seorang pakar epidemlogi, dan di Sekolah Kesihatan Awam Harvard.

Bekalan air awam bergantung kepada klorin untuk membunuh bakteria punca penyakit dan mengekalkan ketulenan air di dalam tangki simpanan dan paip. Kira-kira 3/4 daripada bekalan air di Amerika Syarikat mengandungi klorin. Walau bagaimana pun, pengarang dan pakar yang lain menekankan bahawa kajian baru itu tidak harus menghentikan pengklorinan air.

"Potensi risiko kesihatan yang disebabkan oleh pencemaran mikrob di dalam air minuman banyak melebihi risiko barah", beliau berkata.

Info lanjut lawat web rasmi pengedar penapis air di http://www.hydroguard.com.my/ atau email kan pertanyaan anda di cyberputeri@yahoo.com.my untuk keterangan.

0 ulasan: